1. Apakah itu LG Subscribe?
LG Subscribe ialah program langganan peralatan rumah yang ditawarkan oleh LG Electronics Malaysia untuk produk-produk terpilih.
2. Bagaimanakah LG Subscribe berfungsi?
LG Subscribe membolehkan pelanggan menyewa peralatan rumah dengan memilih produk yang diingini, tempoh kontrak yang sesuai, dan membuat bayaran bulanan.
3. Apakah pilihan kontrak yang tersedia?
Pelan langganan kami menawarkan tempoh kontrak selama 5 tahun dan sehingga 7 tahun untuk produk tertentu.
4. Siapakah yang layak menyertai program langganan ini?
Program langganan ini terbuka kepada individu atau syarikat yang memenuhi kriteria kelayakan kredit yang ditetapkan.
5. Adakah bayaran diperlukan semasa permohonan langganan?
Tiada bayaran pendahuluan diperlukan semasa permohonan program langganan ini.
6. Bagaimanakah saya membuat bayaran bulanan?
Bayaran langganan bulanan boleh dibuat melalui Autodebit – potongan bulanan daripada kad Debit/Kredit anda.
7. Bolehkah saya menamatkan kontrak dalam tempoh kontrak?
Ya, tetapi yuran penamatan awal akan dikenakan.
8. Apakah produk yang tersedia untuk dilanggan di bawah program ini?
Produk LG Subscribe merangkumi 9 kategori produk LG termasuk penapis air, penapis udara, pendingin hawa, mesin basuh, peti sejuk, TV dan LG Styler.
9. Bolehkah saya memohon lebih daripada satu produk?
Bergantung kepada kelayakan, pelanggan boleh memohon untuk melanggan lebih daripada satu produk.
10. Di manakah saya boleh mendaftar untuk program ini?
Anda boleh mendaftar dengan kami kerana kami merupakan LG Subscribe Member. Boleh Whatsapp kami untuk meneruskan permohonan.
11. Adakah produk menjadi milik saya selepas tamat tempoh kontrak?
Produk yang dilanggan akan kekal bersama pelanggan tanpa bayaran langganan selepas tamat tempoh kontrak.
12. Di manakah saya boleh melihat produk secara fizikal?
LG ada menyediakan bilik pameran (Showroom) bagi produk LG Subscribe. Boleh Whatsapp kami untuk maklumat lanjut.