Pixel 8 dan Pixel 8a adalah dua pilihan telefon pintar paling terbaru dari Google (buat masa sekarang). Walaubagaimanapun kedua-duanya terdapat beberapa perbezaan utama yang mungkin mempengaruhi pilihan anda sebelum beli :
Pixel 8
1. Rekaan dan Binaan: Pada bahagian paparan hadapan dan panel belakang menggunakan Corning Gorilla Glass Victus. IP68 dust and water resistance.
2. Kamera: Lebih canggih dengan sistem kamera yang sudah dipertingkatkan dari previous model, Mempunyai laser auto focus serta bukaan aperture sensor yang lebih besar. Oleh kerana itu pastinya kualiti yang di hasilkan lebih tajam, kurang noise dan cantik.
3. Prestasi: Cip pemprosesan Google Tensor G3 yang pastinya cekap untuk handle segala task kerja dan Memberikan ketahanan battery yang lebih baik dari model sebelumnya.
4. Paparan: Skrin dengan resolusi tinggi dengan HDR10+, 120Hz Screen Refresh rate & Nits brightness yang lebih tinggi yang pastinya lebih syok nak guna semasa pada waktu siang.
5. Kemas kini dan Sokongan: Seperti yang kita sedia maklum, Model Pixel 8 & 8 Pro adalah Smartphone pertama yang menyokong Kemaskini System Android Paling lama iaitu 7 Tahun.
6. 4 Pilihan Warna : Obsidian, Hazel, Rose & Mint.
Pixel 8a
1. Harga: Lebih mampu milik, menjadikannya ia adalah pilihan yang terbaik bagi mereka yang mempunyai bajet terhad atau rendah.
2. Rekaan: Lebih nipis dari Pixel 8. Frame menggunakan aluminium dengan kemasan Matte. Panel belakang adalah plastik. IP67 dust and water resistance
3. Kamera: Masih menawarkan kualiti kamera yang hebat sama seperti Pixel 8 tetapi ada beberapa kekurangan seperti tiada Laser Auto Focus, tiada mode Action Pan & Cinematic mode @ Video Blur.
4. Prestasi: Cip yang sama berkuasa sama seperti Pixel 8 iaitu Tensor G3 dengan pelbagai kelebihan AI yang google tawarkan seperti Magic Editor & Gemini AI.
5. Paparan: Resolusi skrin dan kecerahan lebih kurang sama dengan Pixel 8. Beza adalah dari segi kekuatan perlindungan yang digunakan adalah jenis Corning Gorilla Glass 3.
6. 4 Pilihan Warna : Obsidian, Porcelain, Bay & Aloe.
Kesimpulan
Jika anda pentingkan kualiti binaan yang premium, Kamera yang lebih padu dengan feature AI yang lebih banyak, Prestasi yang bagus, Bateri yang lebih besar, Pengecasan wayar yang lebih pantas, Pixel 8 adalah yang terbaik.
Jika anda mempunyai bajet yang lebih rendah tetapi mahukan Pixel yang paling latest, camera yang padu, Design yang "fresh" dengan size yang compact, ketahanan Battery yang baik serta terima kemaskini android yang lebih lama sama seperti Pixel 8 & 8 Pro, Pixel 8a adalah untuk anda.
Deetech Gadget, Your Tech Solution. 😉🫰🏻
#Pixel8 Pixel8a #MadebyGoogle #DeetechGadgets