-
iPhone 15 Pro Max - Seperti yang kita sedia maklum, iPhone menggunakan sistem Operasi iOS yang sinonim dengan 'Smooth'. Ekosistem yang lancar dan stabil terutama dari segi integrasi antara device Apple seperti iPad, Apple Watch, MacBook & iMac. User Interface yang simple dan bersih. Dikuasakan oleh Processor A Bionic & GPU yang sememangnya padu dari segi performance dan Gaming Experience. Mempunyai sistem kamera yang hebat terutama untuk Pengalaman video yang digelar Raja Video untuk Smartphone, sekaligus menjadikan iPhone 15 Pro Max adalah salah satu Best Flagship yang ada dalam market sekarang.
-
Google Pixel 8 Pro - Raja segala Android. Thanks to "Magic" "Computational photography" yang menjadikan Google Pixel sebuah jenama Smartphone yang sangat terkenal dan hebat dalam Photography. Smartphone yang pertama mencetuskan kualiti gambar yang masterpiece dari segi HDR. User Interface Stock Android yang simple, tambah pula dengan Tensor Chip custom-made dari Google yang offer AI lebih "Smart" untuk membantu Task Kerja jadi lebih cepat dan kemas.
-
Samsung Galaxy S24 Ultra - Mempunyai teknologi Hardware yang sangat hebat seperti Display, menggunakan Processor / Chipset yang padu iaitu Snapdragon paling terbaru, semestinya memberi pengalaman penggunaan yang sangat best dan laju. Offer extra package dari segi feature dan lebih customize untuk sistem Android. Sama seperti competitor yang lain, Samsung S24 Ultra adalah smartphone yang mempunyai kamera yang hebat, terkenal dengan Teknologi Zoom yang outstanding, Senang kata, S24 Ultra terkenal dengan kamera yang fun dan versatile.
-
Kenal pasti Ekosistem dan Keperluan yang anda nak ada pada sesebuah smartphone. iOS atau Android, kedua-duanya mempunyai offer yang berbeza dari segi experience, features.
-
Ketiga-tiga mempunyai kualiti kamera yang hebat yang korang tak perlu risau. Perbezaan mungkin dari segi Color, White Balance dan Detail terutama bila berbeza situasi cuaca, Lokasi & cara individu itu sendiri guna. Pros & Cons tu ada, Bergantung pada citarasa masing-masing anda lebih prefer yang mana satu tapi secara overall, ketiga-tiga device di atas best.
-
Ketahanan bateri yang tahan seharian dan memadai untuk sebuah smartphone Flagship. (Untuk 1x Charge). Ranking ketahanan bateri:
-
iPhone
-
Samsung
-
Pixel
-
Harga yang berbeza, bergantung pada bajet dan terpulang mana satu anda rasa lebih berbaloi.
Apa pun pilihan anda, itu pastinya yang terbaik. 



#DeetechGadgets #Smartphone #iPhone15ProMax #Pixel8Pro #GalaxyS24Ultra