About Us
Deetech Gadgets: Your Tech Solution
Menjalankan perniagaan sejak 2018 dan berdaftar secara rasmi pada 2019, Deetech Gadgets telah berdedikasi untuk menyediakan pelbagai pilihan telefon pintar, tablet, dan aksesori berkaitan kepada pelanggan kami.
Visi
1. Menjadi jenama utama di Malaysia yang memperkasa komuniti melalui teknologi inovatif dan berkualiti tinggi.
2. Menyediakan akses mudah kepada produk teknologi terkemuka untuk meningkatkan gaya hidup dan produktiviti pelanggan.
3. Membina hubungan jangka panjang dengan pelanggan berdasarkan kepercayaan, kualiti, dan kepuasan yang berterusan.
Misi
1. Menyediakan platform yang mudah diakses dan pilihan produk berkualiti tinggi untuk semua lapisan masyarakat.
2. Bertindak sebagai rakan baik yang dipercayai dalam membantu pelanggan membuat keputusan dalam pembelian.
3. Memberikan perkhidmatan pelanggan yang mesra dan responsif bagi memastikan pengalaman membeli-belah yang lancar.
4. Memastikan proses pembelian dalam talian yang selamat dan mudah dengan teknologi keselamatan terkini, menjadikan pelanggan dapat membeli-belah dengan yakin dan tenang.
5. Menyediakan bantuan tambahan dan panduan berguna kepada pelanggan untuk setiap produk yang diperolehi daripada kami.
Kenapa Pilih Kami?
-
Pembelian Atas Talian yang Lancar & Pembayaran Selamat: Fokus utama kami adalah memastikan setiap pelanggan mendapat pengalaman pembelian secara atas talian yang mudah, mesra pengguna dan selamat, dari pemilihan produk hingga pembayaran. Sistem pembayaran kami dilindungi dengan teknologi keselamatan terkini. Dengan ini, anda boleh membeli-belah dengan keyakinan dan ketenangan fikiran.
-
Pelbagai Pilihan Produk: Kami menawarkan pelbagai jenis telefon pintar, tablet, dan aksesori dari jenama terkenal seperti Google, Apple, Samsung, dan banyak lagi. Koleksi kami sentiasa dikemas kini dengan produk terkini.
-
Harga yang Berpatutan: Kami menawarkan produk berkualiti tinggi pada harga yang kompetitif. Dengan pelbagai tawaran dan diskaun yang menarik, anda pasti akan menemui produk yang sesuai dengan bajet anda.
-
Komitmen Terhadap Kualiti: Setiap produk yang kami jual dipilih dengan teliti untuk memastikan ia memenuhi standard kualiti tertinggi. Ini termasuklah proses pembungkusan yang kemas dan selamat demi memastikan produk sampai ke tangan anda dengan kualiti terbaik.
Ganjaran Kesetiaan Pelanggan: Kami menyediakan pelbagai ganjaran menarik, dalam bentuk mata ganjaran (points), diskaun, rebat dan baucar (voucher) kepada pelanggan.
Perkhidmatan Pelanggan yang Mesra: Pasukan sokongan pelanggan kami sentiasa bersedia untuk membantu anda dengan sebarang pertanyaan atau keperluan anda, memastikan anda mendapat pengalaman membeli-belah yang lancar dan memuaskan.
Dengan tagline kami, "Your Tech Solution", kami berusaha untuk membantu anda mencari produk yang tepat untuk keperluan teknologi anda, menjadikan kehidupan anda lebih mudah dan produktif.
Terima kasih kerana memilih Deetech Gadgets sebagai penyelesaian teknologi anda. Kami berharap untuk terus berkembang dan memberikan anda perkhidmatan terbaik di masa hadapan.
______
Deetech Gadgets is registered with SSM under the name Deetech Solution. You can scan the SSM BizTrust QR Code below using the MySSM application (download it from the Play Store / Apple App Store).