Apple baru sahaja melancarkan Smartphone terbaru mereka iaitu iPhone 16, iPhone 16 Plus, iPhone 16 Pro & iPhone 16 Pro Max bersama beberapa produk baru mereka yang lain seperti Apple Watch siri 10, Apple Watch Ultra 2, Airpods gen-4, Airpods Pro 2 & Airpods Max.
Datang dengan 5 pilihan warna baru yang menawan iaitu Ultramarine (Ungu), Teal (Hijau), Pink (Merah jambu) bagi iPhone 16, iPhone 16 Plus manakala Desert titanium (Emas), Natural titanium (Kelabu) bagi iPhone 16 Pro dan iPhone 16 Pro Max bersama pilihan warna asas seperti putih dan hitam.
Binaan body diperbuat daripada aluminium frame bagi model 16 & 16 Plus manakala model Pro & Pro Max daripada titanium jenis blasted frame grade 5, matte finish 2x lebih tahan lasak berbanding model sebelumnya.
Dikuasakan chip pemprosesan terbaru apple iaitu Apple A18 dengan cpu 30% dan gpu 40% lebih berkuasa bagi iPhone 16. A18 Pro dengan cpu 16% dan gpu 20% lebih berkuasa berbanding model sebelum. Binaan 3nm dengan 16-core neural engine yang lebih jimat kuasa dan power effisen. Dipadankan 8GB RAM dengan 2x ray tracing lebih pantas yang sudah pasti menjanjikan pengalaman penggunaan yang laju dan lancar termasuklah untuk bermain triple AAA game tanpa ada sebarang masalah walaupun pada tetapan grafik tertinggi.
iPhone 16 & iPhone 16 Plus datang dengan Dual Setup Camera baru dengan camera utama 48MP fusion camera, 2x optical zoom serta camera ultra-wide yang dinaiktaraf dengan adanya macro-mode untuk mengambil gambar subjek kecil dengan lebih dekat dan detail. Bagi iPhone 16 Pro & iPhone 16 Pro Max dengan Triple Setup Camera, 48MP fusion camera dengan sensor camera ultra-wide yang baru iaitu 48MP dan camera telephoto (5x optical zoom), 120mm. iPhone 16 Pro merupakan versi pro pertama yang menyokong 5x telephoto camera sama seperti versi Pro Max.
Rakaman video yang turut dipertingkatkan dengan 4k 120fps Dolby Vision HDR. baik dalam mode video biasa, slow-mo, Pro-res atau Log video. Video camera hadapan juga dipertingkatkan dengan menyokong 4k 60fps (fusion camera) denga autofocus yang lebih baik. Dengan fungsi kawalan yang lebih praktikal seperti "Audio Mix", sekarang anda sudah boleh "Adjust" atau menghilangkan bunyi bising daripada keadaan sekeliling untuk fokus pada subjek dengan beberapa mode baru seperti In Frame, Studio & Cinematic, Terutama jika menggunakan Mode Studio, Hasilnya video seperti dirakam dari dalam studio dan secara langsung memberi pengalaman merakam video seakan menggunakan camera tanpa ada sebarang external mic, menjadikan rakaman video nampak lebih profesional. Tambahan fitur kawalan photographic style yang baru memberi lebih kebebasan untuk mengawal tone & color pada gambar yang diambil.
Apple Intelligence, Akhirnya Apple perkenalkan AI generatif (Machine Learning) pada produk mereka khusunya iPhone dengan iOS 18 dengan pelbagai fitur baru yang menarik. Kali ini siri datang dengan antaramuka yang baru dan lebih bijak. Ini kerana ChatGPT dari OpenAI yang diintergrasi terus ke dalam siri untuk permintaan tertentu termasuk soalan tentang photo, dokumen, mengarang dalam penulisan, melukis, sekaligus memudahkan anda untuk mencipta dan menggambarkan kandungan asli dengan lebih kretif. Selain itu fitur clean up yang boleh buang atau menghilangkan objek sama ada benda atau manusia yang tidak diperlukan dalam gambar dan banyak lagi. Apple Intelligence hanya menyokong iPhone 15 dan ke atas.
Kapasiti bateri juga ada peningkatan dari segi size berbanding model sebelumnya. Sebagai Perbandingan :
iPhone 16 - 3,561 mAh / iPhone 15 - 3,349 mAh (6.3%)
iPhone 16 Plus - 4,674 mAh / iPhone 15 Plus - 4,383 mAh (6.6%)
iPhone 16 Pro - 3,582 mAh / iPhone 15 Pro - 3,274 mAh (9.4%)
iPhone 16 Pro Max - 4,685 mAh / iPhone 15 Pro Max - 4,422 mAh (6%)
Semua barisan iPhone 16 menyokong pengecasan pantas 45W dengan USB Type-C Power delivery.
Pra-Tempah bermula : 13 September 2024
Jualan rasmi : 20 September 2024
Deetech Gadgets, Your Tech Solution.