PIXEL 8 VS PIXEL 9 PRO XL: Mana Lebih Baik?

PIXEL 8 VS PIXEL 9 PRO XL: Mana Lebih Baik?

Google Pixel 9 Pro XL dan Pixel 8 Pro adalah dua flagship hebat dari Google, tapi Pixel 9 Pro XL hadir dengan beberapa peningkatan yang lebih baik. 


1. 𝗔𝗽𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗮𝗺𝗮?

• Skrin 6.7 inci OLED 120Hz yang cantik.

• Reka bentuk premium dengan Gorilla Glass dan bingkai yang kukuh.

• Kamera utama 50MP yang menghasilkan gambar yang tajam, HDR yang bagus, color yang cantik dan realistik serta konsisten.


2. 𝗔𝗽𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗯𝗲𝘇𝗮?

• Cip Pemproses : Pixel 9 Pro menggunakan cip Tensor G4 yang lebih pantas, cekap dan jimat kuasa.

• Kamera Telefoto : Pixel 9 Pro ada kamera 48MP untuk zoom lebih jelas dengan super res zoom yang dipertingkatkan, berbanding 48MP pada Pixel 8 Pro.

• Bateri : Pixel 9 Pro XL ada size bateri yang lebih besar (5,060mAh) dan pengecasan lebih pantas. 

- Pixel 9 Pro XL - 37W Wired, 23W Wireless

- Pixel 8 Pro - 30W Wired, 23W Wireless

• Reka bentuk : Body dan bingkai Pixel 9 Pro XL lebih ringan, lebih Premium, lebih tahan lasak dan bezel skrin yang lebih nipis untuk tatapan yang lebih luas.


3. 𝗛𝗮𝗿𝗴𝗮

• Pixel 8 Pro: Lebih murah, sesuai jika bajet rendah.

• Pixel 9 Pro XL : Lebih mahal, tapi berbaloi untuk yang mahu teknologi AI yang lebih banyak dan terkini pada peranti Pixel.


4. 𝗞𝗲𝘀𝗶𝗺𝗽𝘂𝗹𝗮𝗻

• Kalau anda dah ada Pixel 8 Pro, naik taraf ke Pixel 9 Pro XL mungkin tak wajib kerana Pixel 8 Pro masih bagus secara keseluruhan pada tanda harga lebih murah, kecuali anda perlukan kamera atau cip terbaik pada peranti Pixel.

Tetapi untuk pengguna baru nak cuba Pixel dan tak kisah tentang harga, terus ke Pixel 9 Pro XL adalah pilihan yang lebih baik, berbaloi dan lebih tahan lama. Kepada yang suka size sedikit kecil, Pixel 9 Pro (Non XL) mungkin lebih sesuai untuk anda. 

Pilih ikut keperluan dan bajet anda. Deetech Gadgets, Your Tech Solution. 


Related products