Baca Sebelum Beli Siri Google Pixel 10
Google telah memberikan beberapa gambaran awal rekabentuk Siri Google Pixel 10, awal lebih sebulan dari tarikh pelancarannya iaitu pada 20 August 2025.
Bagi pasaran Malaysia, ini merupakan tahun ke -2 telefon Pixel dijual secara rasmi dan boleh didapati dari kedai Shopee Google Pixel & Authorized Reseller seperti Urban Republic, SenHeng atau melalui Telco seperti CelcomDigi dan Maxis.
Kami juga akan menawarkan jualan siri Google Pixel 10 ini sebaik saja dilancarkan nanti. Ada beberapa yang ingin kami kongsikan kepada ada sebelum anda membuat keputusan membeli salah satu dari barisan Pixel 10 ini.
1. Adakah berbaloi beli di awal pelancaran? (Untuk Pasaran Malaysia)
Jawapan kami adalah YA dan TIDAK.
Kenapa YA? Bagi anda yang sudah merupakan #TeamPixel @ peminat Pixel sejak dulu, dan juga tidak ada masalah berkaitan harga jualan, maka YA berbaloi untuk beli dan jadi pengguna terawal.
Berbaloi jika anda sudah biasa menggunakan Google Pixel dan bercadang untuk naiktaraf telefon Pixel lama anda dan kebiasaannya menggunakan telefon yang sama untuk jangkamasa lebih 2 ke 3 tahun ke depan, bukan sekadar cuba-cuba.
2. Kenapa pembelian mungkin jadi TIDAK BERBALOI?
• Bagi anda yang baru ingin mencuba Pixel atau #TeamPixel namun mempunyai kekangan bajet. Ia akan menjadikan anda terasa tidak berbaloi kerana harga Google Pixel ketika pelancaran tidak dinafikan adalah sangat tinggi, apatah lagi jika anda membandingkan harganya dengan spesifikasi yang anda akan dapat. (Walaupun semua tahu telefon Pixel bukanlah soal spesifikasi semata-mata tetapi pengalaman menggunakan*Software" Android asli yang ringan dan stabil serta fungsi-fungsi terkini yang belum ada pada telefon lain).
• "Resell Value" Yang Rendah - Harga telefon Pixel untuk tahun pertama berdasarkan rekod sebelum-sebelum ini, cepat turun sehingga RM1,000 hingga RM2,000 selepas 6-12 bulan dari pelancarannya. Contoh, jika anda beli pada harga RM6K, selepas beberapa bulan menggunakannya, jika ingin jual semula anda akan dapati harganya jatuh mendadak sekitar RM3-4K sahaja. Sebab ini kami merasakan jika sekadar cuba-cuba, beli set baru pada awal pelancaran adalah tidak berbaloi.
• Google kerap membuat Promosi Potongan Harga - Anda beli awal pada harga RM6K lebih dan tiba-tiba bulan depan anda dapati ada promosi dan potongan harga lebih RM500-RM1000, ya ini biasa terjadi membuatkan anda akan rasa sedikit kesal untuk pakai model terbaru lebih awal pada masa yang sama terasa rugi kerana bayar lebih. (Sekali lagi, ini mungkin tidak dirasai pada mereka yang memang bercadang untuk menggunakan telefon tersebut untuk jangkamasa yang panjang)
Kesimpulannya
Kami tidak menghalang anda membeli Pixel 10 ini awal ketika hari pelancarannya namun memberikan sedikit gambaran supaya anda boleh nilai anda kategori yang mana.
Jika harga / bajet bukan masalah, telefon yang digunakan sekarang pun sudah sampai masa untuk dinaiktaraf, dan bercadang guna Pixel 10 lebih 2 - 3 tahun maka tidak menjadi masalah untuk beli awal.
Sebaliknya jika telefon anda sekarang masih okay, tiada keperluan untuk naiktaraf dan bajet juga menjadikan fikir panjang, maka tahan dulu sehingga benar-benar sampai masa yang sesuai.
Sekian, semoga bermanfaat.
#deetechgadgets #yourtechsolution