Seperti yang kita semua sedia maklum, Smartphone memang sudah lama memainkan peranan penting dalam seharian hidup kita dan terus menjadi alat penting yang mempengaruhi cara kita menjalani hidup seharian sampai hari ini seperti berikut:
1. Komunikasi
- Membolehkan anda berhubung dengan kenalan anda seperti kaum keluarga, saudara mara dan kawan-kawan melalui panggilan call, whatsapp dan media sosial.
2. Akses Maklumat
- Memudahkan anda mencari maklumat dan berita @ isu semasa dengan cepat dengan adanya internet, orang kata semua di hujung jari.
3. Pekerjaan dan Produktiviti
- Membantu dalam pengurusan kerja dengan adanya akses seperti email, aplikasi seperti kalender, Microsoft office, Google workspace dan banyak lagi.
4. Pembayaran digital
- Memudahkan urusan kewangan seperti perbankan dalam talian dan pembayaran tanpa tunai seperti Apple pay, Samsung pay, Google pay dan Touch n Go e-wallet.
5. Hiburan
- Menyediakan pelbagai hiburan seperti aplikasi stream seperti youtube, netflix, joox dan video game.
Walau bagaimanapun, Penggunaan smartphone harus dikawal dengan beberapa cara yang anda boleh cuba terutama jika anda ada anak anak kecil. antaranya seperti berikut :
- Pastikan anda menetapkan had masa dalam sehari untuk menggunakan smartphone agar tidak mengabaikan tanggungjawab lain.
- Elakkan penggunaan smartphone semasa memandu atau dalam situasi yang memerlukan anda memberi focus yang penuh.
- Kurangkan penggunaan smartphone yang berlebihan sebelum tidur dan pastikan ada jarak yang selamat dari mata agar dapat mengelakkan daripada masalah mata seperti rabun dan sakit mata.
- Gunakan kata laluan yang tepat dan elakkan dari berkongsi maklumat peribadi secara sembarangan
- Sentiasa kemaskini OS (operating system) dari masa ke semasa seperti yang di tetapkan agar memastikan smartphone anda berfungsi dengan baik dan selamat dari bloatware @ virus luar
Ulasan :
- Gunakan smartphone anda dengan bijak dan bertanggungjawab serta manfaatkan teknologi yang ada dengan tujuan meningkatkan kualiti hidup tetapi dalam masa sama jangan biarkan ia menguasai masa dan perhatian anda sepenuhnya, selain sentiasa menjaga keseimbangan dan tahu beza antara perkara baik dan buruk. Semoga info ini sedikit sebanyak dapat memberi kita semua manfaat ya.
Deetech Gadgets, Your Tech Solution. 😉👌