3 BASIC TIPS FOR MOBILE PHOTOGRAPHY

3 BASIC TIPS FOR MOBILE PHOTOGRAPHY

Berikut adalah 3 Basic tips untuk meningkatkan fotografi smartphone anda:

1. Gunakan cahaya semulajadi untuk menerangi (highlights) subjek yang anda nak ambil/snap. Elakkan menggunakan flash light atau cahaya backlight kerana ia boleh mewujudkan bayang-bayang dan warna yang tidak semulajadi. Cahaya pagi seperti semasa golden hour (sejurus selepas matahari terbit atau sebelum matahari terbenam), boleh mencipta imej yang lebih menarik dan menawan. (Pagi 8-11, Petang 5-7).

PXL_20240625_051026589.PORTRAITPXL_20240626_020648791PXL_20240630_011707496.PORTRAIT

2. Tap focus pada subjek di skrin untuk memastikan kamera smartphone anda fokus dengan betul. Kebanyakan smartphone harini sudahpun ada kawalan Brightness, Shadow dan White Balance. Tambah² lagi bila ada manual control dan secara tak langsung ia lebih membantu supaya anda boleh ejas dan control lebih banyak sudut gambar supaya kualiti gambar jadi lebih baik mengikut kesesuaian keadaan dan mata. 

3. Gunakan kedua-dua tangan untuk memegang telefon anda. selain itu boleh juga gunakan tripod untuk mendapat lebih kestabilan semasa ambil gambar terutamanya jika mengambil gambar pemandangan. Anda juga boleh set timer. Ini dapat mengurangkan gegaran semasa mengambil gambar supaya dapat mengelakkan gambar yang anda ambil dari menjadi kabur.

Bab editing adalah tambahan, kalau rasa nak "tambah rasa" atau cantikkan lagi gambar yang anda ambil barulah boleh pegi ke bab editing ya. Paling penting Photography ni adalah aktiviti yang "fun" jadi jangan stress² ya. Selamat Ber-Mobile Photography. 😁👌🏻🔥

BONUS TIPS

Pelajarilah beberapa teknik komposisi asas dalam fotografi, ada banyak tetapi yang biasa digunakan ialah seperti:

1. The Rule Of Thirds 

2. Symmetry 

3. Leading Lines

Dengan komposisi yang bagus akan "improve" hasil gambar kita jadi lebih unik dan menarik.

#MobilePhotography #DeetechGadgets #YourTechSolution

Related products