Honor 200 Pro atau Google Pixel 8 yang mana lebih baik?
Mungkin ada daripada anda yang sedang berkira-kira atau sedang confius nak ambil yang mana 1 antara 2 peranti ini memandangkan harga kedua dua nya tidaklah jauh beza. Berikut adalah spesifikasi kedua dua peranti yang anda perlu tahu :
1. Honor 200 Pro
- Paparan OLED 6.78 inci, kadar segar semula 120hz, HDR, 4000 nits brightness
- Reka bentu yang elegan dengan body belakang diperbuat daripada kaca & frame aluminium
- Dikuasa chipset snapdragon 8s gen 2 yang powerful
- Triple Setup camera: 200mp camera utama + 50mp ultrawide + 12mp telephoto + 32mp camera hadapan
- 12gb ram, 256/512gb
- 5200 mAh bateri, Fast charge sehingga 100W + Wireless charge 50W
- Support rangkaian 5G, NFC, In display fingerprint & stereo speaker
2. Google Pixel 8
- Paparan OLED 6.2 inci, Kadar segar semula 120hz, HDR10+, 2000 nits brightness
- Reka bentuk yang unit, ergonomik serta kompak
- Dikuasa chipset google tensor G3 yang memfokuskan pada Ai
- Dual setup camera: 50mp camera utama + 12mp ultrawide + 10.5mp camera hadapan
- 8gb ram, 128/256gb
- 4575 mAh bateri, Fast charge sehingga 27W + Wireless charge 18W
- Support rangkaian 5G, NFC, In display fingerprint & stereo speaker
Mempunyai Prestasi yang lebih poweful dengan pemprosesan chip snapdragon 8s gen 2 dengan ram yang lebih besar iaitu 12gb ram yang pastinya lebih baik dari segi multitask untuk handle apps atau task kerja yang lebih banyak. Kecerahan skrin yang lebih tinggi iaitu 4000 nits brightness. Camera utama 200mp yang pasti menawarkan kualiti gambar berkualiti tinggi tambahan adanya kerjasama dengan "Harcourt Studio" yang mana menghasilkan gambar potrait ala ala profesional camera. Hadir dengan bateri berkapasiti sebesar 5200 mAh yang pastinya lebih tahan dengan pengecasan pantas sehingga 100W. Kekurangan dari Size skrin yang agak besar, tak sesuai bagi anda yang sukakan phone kecil dan os support yang tidak lama.
Kelebihan dan kekurangan Google Pixel 8 :
Memberikan pengalaman stock android yang sememangnya bersih, simple serta responsif dengan adanya ciri ciri eksklusif daripada google. Sokongan perisian os yang lama sehingga 7 tahun dan pastinya mempunyai software image processing camera yang hebat. Kekurangan dari segi ketahanan bateri, fast charging yang tak sebagus dan laju seperti honor 200 pro dan kebanyakkan jenama lain.
- Pilih honor 200 pro jika anda mahukan prestasi yang lebih bagus, ada 3 camera yang lebih versatile, ketahanan bateri dan pengecasan pantas yang lebih laju.
- Pilih Pixel 8 jika anda mahukan pengalaman stock android yang lebih simple, smooth juga mendapat kemaskini os yang lebih cepat dan lebih lama.
- Selebihnya bergantung pada bajet dan keperluan masing masing.
Deetech Gadgets,
Your Tech Solution 😉👌